Jangan Bikin Kecoh Isu Tiket Suku Akhir Piala Malaysia 2014 | Peminat bola sepak tanah air beranggapan 100 tiket yang ditawarkan kepada penyokong Terengganu untuk perlawanan suku akhir kedua, Piala Malaysia tidak harus dijadikan satu isu besar.
Ada yang menyuarakan pendapat masing-masing dengan meminta penyokong Terengganu membeli sahaja tiket di Stadium Larkin - jika benar penyokong setia skuad penyu itu mahu hadir memberi sokongan kepada pasukan mereka yang akan menentang Johor Darul Ta'zim di Stadium Larkin, malam esok.
Pada tanggapan mereka jumlah tiket ditawarkan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mungkin satu jumlah kecil tapi menasihatkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak membuat kecoh dan akur sahaja dengan apa yang ada - BH online
Tag :
BOLASEPAK,
PIALA MALAYSIA
0 Komen untuk "Jangan Bikin Kecoh Isu Tiket Suku Akhir Piala Malaysia 2014"