Informasi Sukan Malaysia

Mat Yo Berhijrah Ke ATM Musim 2015

atm faMat Yo Berhijrah Ke ATM Musim 2015 ATM membuat kejutan apabila berjaya membeli seorang pemain kebangsaan Honduras yang beraksi pada Piala Dunia 2014 di Brazil untuk menguatkan pasukan ATM dalam mengharungi musim 2015. Difahamkan pemain yang dimaksudkan adalah Jerry Palacios yang merupakan abang kepada star BPL, Wilson Palacios yang dulu bermain dengan Spurs dan kini Stoke City. 
Selain pemain Honduras, ATM turut mendapatkan khidmat bekas pemain pertahanan import Kelantan, Obinna Nwaneri.
Pasukan 'The Gladiators' itu menggugurkan empat pemain import yang sedia ada iaitu dua pemain dari Argentina, Bruno Sebastian Martelotto dan Juan Manuel, Marlon Alex James (St Vincent & the Grenadives) dan Spase Dilevski dari Australia.
Berita terkini yang kami terima mengesahkan yang Mat Yo pemain JDT telah bersetuju untuk menyarung jersi ATM musim 2015. Kekurangan masa bermain merupakan punca Nor Shahrul Idlan Talaha berhijrah ke ATM.
0 Komen untuk "Mat Yo Berhijrah Ke ATM Musim 2015"

Back To Top