Informasi Sukan Malaysia

Pahang, JDT, FELDA Dan Kelantan layak Ke Suku Akhir Piala Malaysia 2014

Suku Akhir Piala Malaysia 2014
Juara bertahan, Pahang, Johor Darul Ta'zim (JDT), FELDA United dan Kelantan mengesahkan tiket ke saingan suku akhir Piala Malaysia selepas menyudahkan perlawanan kelima peringkat kumpulan, malam ini.
JDT mengungguli carta Kumpulan C dengan 13 mata selepas menutup peluang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke suku akhir dengan kemenangan tipis 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Penyerang import dari Argentina, Luciano Figueroa membantu melakarkan kemenangan keempat JDT menerusi hasil jaringan tunggal pada minit ke-18.
ATM pula sekadar menduduki tangga ketiga kumpulan dengan lima mata manakala Pulau Pinang menghuni tangga tercorot dengan satu mata - BH online
Sebelum ini PDRM telah mengesahkan kedudukan ke Suku Akhir setelah memenangi keempat-empat perlawanan peringkat kumpulan.

0 Komen untuk "Pahang, JDT, FELDA Dan Kelantan layak Ke Suku Akhir Piala Malaysia 2014"

Back To Top