Informasi Sukan Malaysia

Malaysia Tewas Kepada Great Britain Hoki Piala Sultan Johor 2014

Hoki Piala Sultan Johor 2014
Malaysia Tewas Kepada Great Britain Hoki Piala Sultan Johor 2014 | Skuad Projek 2016 masih belum mendapat ilham untuk mencari kemenangan apabila kecundang kepada Britain 3-2 pada Kejohanan Hoki Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor, malam ini.
Pasukan pelawat mengesahkan kemenangan menerusi jaringan Benjamin Boon pada minit kelima, David Goodfield (m-6) dan Luke Taylor (m-62) manakala dua gol skuad negara sumbangan Muhammad Haziq Samsul (m-36) dan Shahril Saabah (m-65) di Stadium Hoki Taman Daya, di sini.
Sementara itu, Australia menguatkan laluan ke final menewaskan New Zealand 4-3 manakala India membelasah Pakistan 6-0.
Keputusan
Australia 4 New Zealand 3
India 6 Pakistan 0
MALAYSIA 2 Britain 3
BH online
Tag : HOKI
0 Komen untuk "Malaysia Tewas Kepada Great Britain Hoki Piala Sultan Johor 2014"

Back To Top