Informasi Sukan Malaysia

Liverpool Tersingkir Daripada Liga Juara-Juara Eropah 2014/ 2015

Liverpool Tersingkir
Liverpool Tersingkir Daripada Liga Juara-Juara Eropah 2014/ 2015. Pasukan Liverpool terkeluar daripada saingan merebut kejuaraan Liga Juara-Juara selepas mencatatkan keputusan seri 1 - 1 dengan Basel di Anfield. 
Bekas Juara sebanyak lima kali itu dilihat gagal memanfaatkan peluang keemasan sebaliknya Basel berjaya mendahului Liverpool pada minit ke-25 hasil sepakan Fabian Frei. 
Gol sagu hati Liverpool dijaringkan pada lewat perlawanan oleh Steven Gerrard pada minit ke-81. 
Dengan keputusan tersebut Liverpool terkeluar daripada saingan 16 pasukan terbaik yang mara ke pusingan seterusnya. 
Ini merupakan kali kedua-dua berturut-turut pasukan kendalian Brendan Rodgers gagal menewaskan Basel menjadikan mereka pasukan tercorot dalam kumpulan B. 
Sementara itu, Real Madrid merupakan Juara Kumpulan B selepas lima tahun tidak beraksi pada Liga Juara-Juara. 
Dalam perlawanan awal pagi Rabu, Real Madrid mencatatkan kemenangan besar 4 - 0 ke atas Ludogorets (Bulgaria). 
Madrid merupakan pasukan tunggal yang tidak pernah tewas dalam sebarang perlawanan. lapor mStar online
Tag : BOLASEPAK, UCL
0 Komen untuk "Liverpool Tersingkir Daripada Liga Juara-Juara Eropah 2014/ 2015"

Back To Top