Informasi Sukan Malaysia

Senarai Pasukan Layak Ke Pusingan Kalah Mati Champion League 2014/ 2015

Pusingan Kalah Mati Champion League 2014/ 2015
Lima lagi tiket ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara menjadi buruan ketika saingan peringkat kumpulan berakhir, esok dan Rabu ini.
Setakat ini 11 pasukan sudah layak yang menyaksikan banyak perlawanan berat sebelah.
Real Madrid, Atletico Madrid, Barcelona, Bayer Leverkusen, Borussia Dortmund, Bayern Munich, Arsenal, Chelsea, Paris St Germain, Porto dan Shakhtar Donetsk sudah layak selepas muncul dua teratas pada kumpulan masing-masing.
Wakil Itali - Juventus dan AS Roma serta dua dari kelab Inggeris, Manchester City dan Liverpool antara 11 yang bakal bertarung merebut tiket berkenaan.
Tidak dinafikan perlawanan Roma di gelanggang sendiri menentang Man City, Rabu ini adalah pertemuan menarik tontonan.
Roma, City dan CSKA Moscow masing-masing sudah mengumpul lima mata dalam Kumpulan E namun laluan memihak Roma yang perlu menang untuk layak jika CSKA gagal menewaskan pendahulu, Bayern.
Situasi nampak mudah dalam Kumpulan B dengan Liverpool harus menewaskan Basel untuk mengiringi Real Madrid manakala kelab dari Switzerland itu hanya perlu seri untuk mara.
Juara Serie A, Juventus pula hanya perlu seri menentang Atletico Madrid di laman sendiri, esok untuk layak. - Reuters
Tag : BOLASEPAK, UCL
0 Komen untuk "Senarai Pasukan Layak Ke Pusingan Kalah Mati Champion League 2014/ 2015"

Back To Top