Informasi Sukan Malaysia

Calon Tuan Rumah Bolasepak Piala Negara-Negara Afrika 2017

Calon Tuan Rumah Bolasepak Piala Negara-Negara Afrika 2017 | CAPE TOWN: Tujuh negara membuat bidaan mendapatkan selaku tuan rumah Piala Negara-Negara Afrika 2017 ketika Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) mencari pengganti untuk Libya.
africa cup of nationsBadan induk itu mengesahkan, hari ini bahawa Algeria, Mesir, Gabon, Ghana, Kenya, Sudan dan Zimbabwe menepati tarikh tutup bidaan itu pada 30 September lalu untuk mengemukakan rancangan bagi Kejohanan Africa Cup of Nations ini,
Negara berkenaan turut mengesahkan minat masing-masing untuk mendapatkan hak penganjuran kejohanan benua itu.
"Negara tuan rumah akan diputuskan Jawatankuasa Eksekutif CAF pada 2015," menurut kenyataan ringkas CAF - BH online
Tag : BOLASEPAK
0 Komen untuk "Calon Tuan Rumah Bolasepak Piala Negara-Negara Afrika 2017"

Back To Top