Informasi Sukan Malaysia

Isteri Dan Teman Wanita Pemain Bolasepak Kini Semakin Melampau?

pengurus skuad Perancis, Didier Deschamps.
Isteri Dan Teman Wanita Pemain Bolasepak Kini Semakin Melampau? | PARIS: "Saya harap anda mati esok," kata Noemie Jourdren kepada pengurus skuad Perancis, Didier Deschamps.
Wanita itu - isteri kepada penjaga gol Montpellier, Geoffrey Jourdren meluahkan perasaan marah itu dalam Facebook selepas pengendali skuad kebangsaan tidak menyenaraikan nama suaminya dalam skuad Les Bleus itu menentang Portugal dan Armenia dalam siri persahabatan.
Noemie menggunakan laman Facebook untuk menyuarakan kemarahan apabila berkata: "Deschamp (sic)...saya harap anda mati esok."
Ini adalah kali kedua, tahun ini, Deschamps menerima kecaman daripada seorang wanita gara-gara teman lelaki mereka tidak dipilih untuk beraksi dalam skuad Perancis.
Pada Mei lalu, Anara Atanes - teman wanita Samir Nasri juga naik berang apabila menggunakan kata-kata lucah menerusi Twitter selepas pemain Manchester City itu tidak dipilih ke skuad Piala Dunia 2014. - Mail Online
Tag : BOLASEPAK
0 Komen untuk "Isteri Dan Teman Wanita Pemain Bolasepak Kini Semakin Melampau?"

Back To Top