Skuad Hoki Malaysia Sukan Asia Ambil Risiko Bawa Seorang Sahaja Penjaga Gol | Pengendali sementara pasukan hoki lelaki kebangsaan, Arul Selvaraj bertindak berani dengan menamakan hanya seorang penjaga gol dalam pasukan ke Sukan Asia, Incheon, Korea Selatan bermula 19 September ini.
Katanya, beliau terpaksa berbuat keputusan demikian kerana keperluan dan keutamaan perlu diberikan kepada pemain di bahagian serangan dan pertahanan berikutan corak permainan yang pantas.
"Dengan sistem permainan yang pantas sekarang saya perlukan lebih banyak pemain berbanding penjaga gol. Bagi saya potensi penjaga gol untuk tercedera itu susah kerana tidak banyak pergerakan yang diperlukan," katanya.
Arul berkata demikian pada sidang media bagi mengumumkan senarai skuad 16 pemain di Pejabat Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) di Stadium Nasional Hoki, Bukit Jalil, di sini, hari ini - BH online
Tag :
HOKI,
SUKAN ASIA
0 Komen untuk "Skuad Hoki Malaysia Sukan Asia Ambil Risiko Bawa Seorang Sahaja Penjaga Gol"