Kontinjen Malaysia meletakkan sasaran memburu lapan pingat emas secara keseluruhan pada temasya Sukan Asia 2014 di Incheon yang bermula 19 September ini.
Anehnya, jumlah yang ditetapkan kali ini kurang satu emas daripada apa yang di capai pada edisi ke-16 di Guangzhou 2010 apabila atlet kita pulang dengan jumlah sembilan emas, 18 perak dan 14 gangsa.
Ketua kontinjen negara, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, berkata sasaran itu diletakkan selepas perbincangan panjang lebar bersama Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan persetujuan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
"Biarpun kurang daripada satu pingat emas di Guangzhou, ada kemungkinan beberapa sukan lain mampu menyumbang lebih tuaian emas. Namun lapan adalah angka yang mampu dicapai," katanya - BH online
Tag :
SUKAN ASIA
0 Komen untuk "Malaysia Sasar Lapan Emas Di Sukan Asia Incheon 2014"