MELBOURNE: Perlumbaan Grand Prix Australia 2014 merakamkan kerugian AS$55 juta (RM165 juta) ketika peningkatan dalam kos penganjuran dan juga pendapatan yang makin berkurangan, menurut pegawai kerajaan di sini, hari ini.

Menurut seorang menteri di sini, Louise Asher pendapatan penjualan juga menurun A$2 juta manakala perbelanjaan meningkat A$7.5 juta.
Perlumbaan pembuka tirai musim Formula Satu itu sudah merakamkan kerugian purata A$50 juta untuk beberapa tahun lalu dan menerima kecaman pengkritik tempatan yang melihat ia satu pembaziran wang rakyat. - Reuters & BH online
Tag :
F1
0 Komen untuk "Grand Prix F1 Australia Rugi RM165 juta"