Malaysia B-23 Kalah Lagi Menjelang Sukan Asia 2014 | Kemenangan yang diharap skuad Harimau Muda A (B-23) kendalian Datuk Ong Kim Swee ketika pada aksi persahabatan menentang skuad B-23 China tidak kesampaian apabila tewas 2-0 di Qingdao, China, hari ini.
Kekalahan itu adalah yang kedua berturut-turut buat Kim Swee yang dalam rangka persiapan menjelang Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan selepas kekalahan 1-0 kepada skuad kebangsaan Yaman di Shah Alam, Sabtu lalu.
Begitupun, perlawanan dianggap berat sebelah apabila skuad skuad B-23 negara terpaksa beraksi 10 pemain hampir sepanjang separuh masa kedua selepas penyerang Selangor, Ahmad Hazwan Bakri dilayangkan kad merah pada minit ke-47.
Kekalahan begitupun tidak begitu memberi kesan terhadap persiapan skuad negara yang akan menjalani latihan pemulihan di Qingdao sebelum terbang terus ke Incheon, esok.
Malaysia dijadualkan bertemu tuan rumah, Korea Selatan pada aksi pembukaan Kumpulan A pada 14 September depan - BH online
Tag :
BOLASEPAK,
SUKAN ASIA
0 Komen untuk "Malaysia B-23 Kalah Lagi Menjelang Sukan Asia 2014"