Informasi Sukan Malaysia

30,000 Tiket Percuma Piala Sultan Selangor 2014 Untuk Pelajar

30,000 Tiket Percuma Piala Sultan Selangor 2014 Untuk Pelajar | Penganjur Piala Sultan Selangor 2014 mengagihkan 30,000 tiket percuma kepada pelajar sekolah di seluruh Selangor bagi menyaksikan perlawanan tradisi Selangor menentang Singapura di Stadium Shah Alam pada 27 September ini.
Piala Sultan Selangor 2014Pengerusi dan pengurus pasukan Selangor, Datuk Abd Karim Munisa berkata tiket itu diberikan bagi menggalakkan anak muda menyaksikan perlawanan penuh bersejarah selain mengenali pemain-pemain veteran dan baharu Selangor.
"Perlawanan ini mampu mengeratkan hubungan peminat bola sepak Selangor dan Singapura serta mengembalikan nostalgia kedua-dua pasukan," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan tiket percuma di Sekolah Menengah (P) Sri Aman, Petaling Jaya, di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya juga sudah menjual 2,000 tiket berharga RM10 dan peminat bola sepak boleh membelinya di Restoran Uncle K cawangan Paradigm Mall, SACC Mall Shah Alam, Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur dan di Hotel Concorde Shah Alam serta di Stadium Shah Alam pada hari perlawanan.
Abd Karim optimis Selangor mampu mempertahankan kejuaraan itu buat kali ketujuh selepas mencatat kemenangan pada 2001, 2003, 2005, 2008, 2012, dan 2013.
Selain itu, katanya peminat boleh bertemu dengan pemain utama Selangor di pusat beli-belah SACC pada Sabtu ini. - BERNAMA
Tag : BOLASEPAK
0 Komen untuk "30,000 Tiket Percuma Piala Sultan Selangor 2014 Untuk Pelajar"

Back To Top