Informasi Sukan Malaysia

Tarikh Bolasepak Piala Sultan Selangor 2014

Piala Sultan Selangor 2014
Tarikh Bolasepak Piala Sultan Selangor 2014  | Penganjur Piala Sultan Selangor menjanjikan rentak kejayaan berterusan dalam saingan edisi ke-13 pada tahun ini yang dijadualkan berlangsung pada 27 September 2014.
Pengerusi penganjur, Datuk Abd Karim Munisar, berkata acara tahunan yang sejak tahun 2001 itu sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat setia bola sepak di negara ini dan Singapura.
"Sama dengan edisi terdahulu, penganjuran ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara penyokong Selangor dan Singapura. Kami mahu mengembalikan nostalgia permusuhan kedua-dua pasukan sebelum ini.
"Kami akan terus bekerja dengan penuh komitmen bagi memastikan edisi kali ini berjalan lancar. Kami juga meminta polis agar bertindak segera bagi mengelak kejadian tidak diingini yang mungkin boleh mencemari pertandingan ini," katanya pada majlis minum petang dan memperkenalkan penaja pertandingan itu, di sini.
Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Amrin Awaluddin; Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Pengarang Kumpulan BH, Mahfar Ali.
Stesen televisyen TV3 dan akhbar BH dipilih selaku penyiar serta akhbar rasmi bagi pertandingan Piala Sultan Selangor kali ini.
Sementara itu, jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic, teruja untuk mengetuai pasukan bagi menghadapi perlawanan itu dan berazam mengekalkan trofi berkenaan buat Selangor selepas skuad The Red Giant menang 3-2 pada edisi tahun lalu - BH online
Tag : BOLASEPAK
0 Komen untuk "Tarikh Bolasepak Piala Sultan Selangor 2014 "

Back To Top