Informasi Sukan Malaysia

Keputusan Pemilihan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) 2014

Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) 2014
JOHOR BAHRU: Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail terus mempertahankan jawatannya buat penggal keempat pada Mesyuarat Agung Tahunan PSM, di sini sebentar tadi.
Dalam perebutan satu lawan satu bagi jawatan Presiden PSM, Ahmad mendapat 50 undi untuk menewaskan pencabarnya, Presiden Sepak Takraw Negeri Terengganu, Mohd Shapian Ali yang mendapat 20 undi.
Bagi jawatan Timbalan Presiden PSM, Akramuddin Abd Aziz yang juga Presiden Persatuan Sepaktakraw Melaka menewaskan Timbalan Presiden Sepaktakraw Selangor, Datuk Markiman Kobiran.
Akramuddin mendapat 52 undi manakala Markiman menerima 19 undi.
Pada pemilihan AGM PSM kali ini, seramai 71 perwakilan hadir bagi memilih barisan kepemimpinan baharu persatuan itu.
Pemilihan turut berlangsung dengan sempurna tanpa sebarang kekecohan.
Dalam sidang media, Ahmad menyuarakan rasa gembira kerana hampir 70 peratus calon pilihannya turut mendapat kepercayaan perwakilan kali ini.
"Saya yakin barisan dipilih kali ini mampu membawa satu perubahan drastik dengan menganjurkan Liga Sepak Takraw yang dijadualkan awal November ini, bermula di Terengganu.
"PSM juga akan bekerjasama dengan persatuan peringkat negeri untuk memberi fokus kepada soal pembangunan sukan. Antara usahanya melahirkan lebih ramai pemain profesional di kalangan orang muda," katanya - BH online
Tag : TAKRAW
0 Komen untuk "Keputusan Pemilihan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) 2014"

Back To Top