Informasi Sukan Malaysia

Man United Beli Falcao Dengan Harga €65 juta?

falcao ke Man United

Man United Beli Falcao Dengan Harga €65 juta? | WARTAWAN Colombia melaporkan penyerang kebangsaan negara itu, Radamel Falcao telah bersetuju untuk bersama Manchester United menerusi yuran perpindahan sebanyak €65 juta.
khabar angin yang mula dilaporkan oleh wartawan Direct TV Sports, Saris Bello di laman Twitternya kemudian turut dilaporkan oleh wartawan radio Caracol dan Direct TV, Andres Morocco.
Bello dilaporkan berkata, Falcao bakal menjadi pemain United pada Isnin dengan yuran perpindahan sebanyak  €65 juta untuk kontrak selama empat tahun dan pengumuman rasmi akan dibuat dalam tempoh terdekat.
Morocco pula memuatnaik status sama selepas dua jam Bello melaporkan berita tersebut.
Bagaimanapun berita itu tidak dilaporkan di Direct TV yang merupakan tempat kedua-dua mereka bertugas.
Selain itu, khabar angin tersebut turut disangkal oleh media Colombia lain kerana mustahil bagi United untuk mengeluarkan perbelanjaan setinggi itu selepas mereka mendapat Angel di Maria minggu lalu.
Jika benar Falcao akan menyertai United, sudah pastinya Ketua Eksekutif kelab itu, Ed Woodward akan mendapatkan diskaun kerana penyerang Monaco terbabit turut mempunyai kecederaan lutut yang serius.
Selain United, Arsenal turut sedang berkerja keras untuk mendapatkan Falcao sebelum tingkap perpindahan pemain melabuhkan tirai pada Isnin.
mStar online
Tag : BOLASEPAK, BPL
0 Komen untuk "Man United Beli Falcao Dengan Harga €65 juta?"

Back To Top