Danny Chia Wakil Malaysia Ke Kejohanan Golf CIMB Classic 2014 | Pemain profesional tempatan, Danny Chia menempah slot ke Kejohanan Golf CIMB Classic 2014 selepas muncul juara pada kejohanan Kelayakan Kebangsaan Sapura Kencana pada Rabu.
Pemain berusia 41 tahun itu mengesahkan penampilan ketiga CIMB Classic selepas menewaskan Khor Kheng Hwai pada lubang pertama 'sudden-death' di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC).
Chia menampilkan persembahan penuh bersemangat dalam memburu slot KejohananCIMB Classic 2014 di KLGCC dari 30 Oktober hingga 2 November ini apabila ketinggalan empat pukulan selepas 13 lubang.
Bagaimanapun Chia mengejar Khor dan berjaya menyamakan kedudukan satu dibawah par 71 untuk terikat tiga bawah 213 selepas tiga pusingan dan memaksa pukulan 'sudden-death'.
Atas kejayaan itu, Chia membawa pulang hadiah wang tunai RM22,000 sertatiket ke Kejohanan CIMB CLassic bernilai US$7 juta (RM22.1 juta).
Dalam pada itu, pemain profesional Mohd Nazri Md Zain melakukan pukulan 'hole-in-one" pada par empat lubang ke-16 sejauh 264 meter.
Pemain berusia 30 tahun itu, yang pernah melakukan aksi sama pada 2012, bagaimanapun, menamatkan saingan pusingan ketiga dengan 73 pukulan untuk menghuni tempat ke-20 keseluruhan.
KEPUTUSAN AKHIR:

213 – Danny Chia 66-76-71 (Chia menang sudden-death pada lubang pertama)
213 - Khor Kheng Hwai 74-69-70;
217 - Mohd Azman 72-73-72, Mohd Rizal Amin 72-72-73; 219 - M.Sasidaran 75-75-69, Mohd Sukree 76-72-72, Airil Rizman 71-75-73; 220 - S.Sivachandran 72-76-72; 221 - Ben Leong 69-78-74;
224 - Kemarul Baharin 79-74-71, Mohd Ilya Jamil 75-76-73;

mStar online
Tag :
GOLF
0 Komen untuk "Danny Chia Wakil Malaysia Ke Kejohanan Golf CIMB Classic 2014"