Informasi Sukan Malaysia

Saya Tahu Chong Wei Kecewa Tapi Dia Sudah Buat Yang Terbaik

chong wei kalah


Saya Tahu Chong Wei Kecewa Tapi Dia Sudah Buat Yang Terbaik | JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tetap menjadi kebanggaan Malaysia walau tewas dalam saingan Kejohanan Dunia (BWF) 2014 yang berlangsung semalam.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi laman mikro Twitter berkata, seluruh negara tetap bangga dengan pencapaian Chong Wei dan tahu pemain nombor satu dunia itu
sentiasa melakukan yang terbaik demi nama Malaysia dan sukan berprestij itu.

"Selalu berbangga dengan Lee Chong Wei. Saya tahu dia kecewa tapi kita semua tahu dia sudah cuba yang terbaik. Dia selalu begitu," ujar Khairy.

Semalam, Chong Wei sekali lagi terpaksa melalui detik kekalahan apabila tewas dalam percubaan ketiga pada kejohanan yang berlangsung di Copenhagen itu.

Kesilapan hantaran yang kerap keluar daripada Chong Wei membuka peluang kepada lawannya merampas gelaran juara dunia dengan keputusan 21-19, 21-19.

Chong Wei dalam satu kenyataan berkata, beliau sudah berusaha mempamerkan aksi sebaik mungkin namun saingannya, Chen Long dikatakan lebih bijak mengatur strategi.

"Saya lihat Chen Long bermain agak agresif kali ini dan saya cuba mengelak untuk melakukan kesilapan namun ia tetap terjadi," katanya.

Walau kekalahan kali ini masih pahit terasa, beliau menegaskan akan terus beraksi pada Kejohahan Dunia 2015 di Indonesia dan Sukan Olimpik 2016 di Brazil - Sinar Harian
 
Tag : BADMINTON
0 Komen untuk "Saya Tahu Chong Wei Kecewa Tapi Dia Sudah Buat Yang Terbaik"

Back To Top