Informasi Sukan Malaysia

Video Gol Malaysia Vs Vietnam 16 November 2014

Video Gol Malaysia Vs Vietnam 16 November 2014
Skuad Harimau Malaya terus mempamerkan aksi mengecewakan pada aksi persahabatan antarabangsa selepas kalah 3-1 kepada Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam, pada Ahad.

Kekalahan itu merupakan yang keempat dicatatkan skuad kendalian Dollah Salleh yang sebelum ini tewas dalam tiga aksi persahabatan terdahulu.

Mereka kalah 4-1 kepada Tajikistan di Stadium Central Dushanbe, Tajikistan pada 8 Ogos selain kecundang 2-0 kepada Indonesia pada 14 September lepas di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya, Indonesia.

Skuad Harimau Malaya turut diaibkan dengan kekalahan 3-0 kepada skuad Bawah 23 (B-23) Syria pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, Rabu lepas.

Malaysia hanya mencatatkan satu kemenangan iaitu mengalahkan Kemboja 4-1 di Stadium Shah Alam pada 20 September lepas.

Tag : BOLASEPAK, VIDEO
0 Komen untuk "Video Gol Malaysia Vs Vietnam 16 November 2014"

Back To Top