Informasi Sukan Malaysia

Video Gol England Menang Ke Atas Solvenia 16 Nov 2014

Video Gol England vs Solvenia 16 Nov 2014
Wayne Rooney kini bergelar pemain termuda England meraih 100 caps pada perlawanan Kelayakan Euro 2016 di Wembley menentang Slovenia, awal pagi tadi.

England cemerlang untuk menang 3-1 pada perlawanan itu dan sekalipun ketinggalan hasil gol sendiri Jordan Henderson minit ke 57.

Jaringan penalti Rooney pada minit 59 dan dua gol menerusi Danny Welbeck pada minit ke-65 dan 72 memastikan skuad bimbingan Roy Hodgson meraih tiga mata berharga.

Gol buat Rooney menerusi penalti pula menyaksikan penyerang Manchester United itu menyamai jumlah 44 gol dimiliki legenda, Jimmy Greaves selaku pemain ketiga terbanyak menjaringkan gol buat England.

Ketika ini, hanya Gary Lineker (48 gol) dan Bobby Charlton (49 gol) memiliki jumlah gol lebih berbanding Rooney dan pemain berusia 29 tahun itu dijangka menjadi pemain Inggeris pertama meledak lebih 50 gol buat England.

Jadual dan keputusan terkini serta carta pasukan ada di SINI

0 Komen untuk "Video Gol England Menang Ke Atas Solvenia 16 Nov 2014"

Back To Top