Legenda bola sepak Perancis, Zinedine Zidane digantung tiga bulan daripada tugasan jurulatih selepas membimbing pasukan tanpa kelayakan yang diperlukan.
Persekutuan Bola Sepak Sepanyol menggantung bekas pemain tengah dan pemenang Piala Dunia 1998 itu kerana memimpin kelab Real Madrid Castilla.
Penolong kepada Zidane, Santiago Sanchez juga dikenakan penggantungan tiga bulan.
Real mengeluarkan satu kenyataan yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keputusan itu dan difahamkan akan membuat rayuan kes berkenaan.
Hujah oleh kelab Zidane adalah Persekutuan Bola Sepak Perancis sudah memberi lampu hijau kepadanya untuk bekerja selaku ketua jurulatih di bawah kategori yang Real Madrid Castilla berada ketika ini.
"Real Madrid akan melawan habis-habisan dari segi perundangan supaya keputusan ini ditarik balik," menurut kenyataan kelab. - BBC Sport
0 Komen untuk "Zinedine Zidane Digantung Tiga Bulan Oleh Persekutuan Bola Sepak Sepanyol"