Informasi Sukan Malaysia

2 Ribu Tiket Percuma Untuk Rakyat Johor

khaled nordin
2 Ribu Tiket Percuma Untuk Rakyat Johor | Sebanyak 2,000 tiket percuma untuk anak Johor disediakan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi memberi sokongan kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) bertemu Pahang pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini, 1 November 2014.
Mohamed Khaled menerusi satu kenyataan berkata, maklumat lanjut mengenai tiket percuma itu boleh didapati menerusi laman Facebook beliau di www.facebook.com/mohamedkhalednordin.
"Kejayaan pasukan JDT mara ke perlawanan akhir bukan sahaja berjaya menaikkan nama pasukan tetapi yang lebih penting ia berjaya menyatukan rakyat berbilang kaum di negeri ini. Saya dapat melihat rakyat berbilang kaum dan agama bergembira dan memberi sokongan kepada pasukan JDT.
Inilah Muafakat Johor kerana sejak dahulu lagi Johor cukup dikenali di seluruh negara dengan rakyatnya yang bersatu padu. Justeru, saya berbesar hati untuk menyediakan 2,000 tiket percuma untuk anak Johor bagi bersama-sama memberi sokongan kepada pasukan JDT pada perlawanan akhir nanti," katanya menerusi kenyataan berkenaan - BH online
0 Komen untuk "2 Ribu Tiket Percuma Untuk Rakyat Johor"

Back To Top