Informasi Sukan Malaysia

Terengganu Boikot Jika Lawan JDT Kekal 17 Oktober 2014

Terengganu Boikot Jika Lawan JDT Kekal 17 Oktober 2014
Terengganu tidak akan bermain pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Larkin, Johor Bahru jika tarikh penangguhan dikekalkan pada 17 Oktober ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata perkara itu sudah diputuskan oleh jawatankuasa eksekutif badan itu hari ini.
"PBSNT mungkin tidak akan bermain pada tarikh berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat di pejabat PBSNT, di sini.
Turut hadir Timbalan Presiden, Marzuki Sulong merangkap pengurus pasukan Terengganu.
Menurut Wan Ahmad Nizam, Terengganu bersedia bermain pada bila-bila masa selain daripada tarikh tersebut.
"Sepatutnya FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) memanggil kedua-dua pasukan duduk semeja berbincang untuk mendapat kata sepakat dan keadilan kepada semua," tegas beliau.
Katanya FAM menunda perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Johor Bahru daripada 11 Oktober kepada 17 Oktober ini atas permintaan JDT.
Terengganu dan JDT seri tanpa jaringan dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Jumaat lalu.
Wan Ahmad Nizam berkata mesyuarat itu juga mengambil keputusan memohon FAM mengekalkan tarikh asal perlawanan tersebut.
Sementara itu, FAM dijangka memanggil wakil kedua-dua pasukan itu untuk membincangkan isu penangguhan tarikh di Wisma FAM, Kelana Jaya, Petaling Jaya, esok. - BERNAMA
1 Komentar untuk "Terengganu Boikot Jika Lawan JDT Kekal 17 Oktober 2014"

jgn jadikan FAM seperti sdn bhd atau bhd...
mentang2lah TMJ dh jd penasihat Presiden FAM, segala benda bagai semudah itu aje penyudahnya.. agak2lah..
ingat... prestasi bolasepak kita semakin menjunam..
cuba renungkan... ada pulak polan2 bin polan2 kata.. RANKING TAK PERLU..adoiyai..
jgn bolasepak kita jd seperti sepaktakraw...
dgn laos pun amat amat amat teramat susah payah nk menang...
tapi kan... perkara ni tak mustahil akan TERJADI... tak percaya....?
TUNGGU..........................

Back To Top