Informasi Sukan Malaysia

Real Madrid Bertemu Liverpool Tanpa Bale Dan Ramos

Real Madrid Bertemu Liverpool Tanpa Bale Dan Ramos | Real Madrid tidak dapat menurunkan dua bintangnya, Gareth Bale dan Sergio Ramos ketika kunjungan Liga Juara-Juara Eropah menentang Liverpool, awal pagi Khamis ini akibat masalah kecederaan.
Nama kedua-dua bintang Wales dan Sepanyol itu sudah pun digugurkan jurulatih Real, Carlo Ancelotti.
Selain bertemu Liverpool, bekas pemain Liverpool, Bale juga dijangka tidak diturunkan dalam pertembungan Clasico pertama musim ini menentang Barcelona pada Sabtu akibat kecederaan otot perut.
Ramos pula sudah pun terlepas tiga perlawanan bersama Real dan kebangsaan Sepanyol akibat masalah paha dan ketiadaannya lebih dirasai ketika bertemu kunjungan Barcelona ke Bernabeu.
Penyerang antarabangsa Perancis, Karim Benzema dan Raphael Varane yang terlepas kemenangan besar 5-0 Real ke atas Levante akibat demam disenaraikan Ancelotti ketika kunjungan ke England.
Real ketika ini menduduki tangga teratas Kumpulan B selepas memenangi kedua-dua perlawanan awal dengan kelebihan tiga mata. - AFP
Tag : BOLASEPAK, UCL
0 Komen untuk "Real Madrid Bertemu Liverpool Tanpa Bale Dan Ramos"

Back To Top