Ramai Terkejut Laporan Chong Wei Gagal Ujian Dadah | Laporan beberapa media tempatan yang mendakwa ikon sukan Malaysia dan pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei didapati gagal dalam ujian doping, mencetus reaksi mengejutkan di negara ini.
Laporan itu menyatakan Chong Wei gagal dalam ujian doping rambang yang dibuat ketika Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lalu.
"Masih berharap perkara ini tidak benar...apa juga keputusannya, kami masih mahukan kamu!" kata seorang peminta menerusi Twitter.
"Oh tidak, katakan ia tidak benar!" tulis seorang lagi pengguna laman sosial itu.
Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, mengesahkan seorang atlet terkemuka dari negara ini didapati positif menggunakan bahan terlarang.
Namun beliau enggan mendedahkan sebarang nama atau maklumat lanjut mengenai perkara itu selagi ujian daripada sampel kedua belum disahkan biarpun beberapa media tempatan sudah mendedahkan nama atlet yang didakwa terbabit.
Khairy berkata, atlet berkenaan sudah pun membuat permohonan supaya sampel B diuji selain menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat perkara itu yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz bersama Agensi AntiDoping Malaysia.
Selain Khairy, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) turut enggan memberikan komen dengan mengatakan peraturan dalam badan anti doping dunia menghalang mereka daripada membuat pendedahan dan tindakan sama turut dilakukan Persatuan Badminton Dunia.
Ketika pertemuan final di Copenhagen, Chong Wei tewas kepada jaguh China, Chen Long di final.
Awal bulan ini, Presiden Persatuan Wushu Malaysia meletakkan jawatan kerana mengambil tanggungjawab kegagalan atlet di bawah naungannya, Tai Cheau Xuen, dalam ujian doping di Sukan Asia, Incheon, Korea Selatan. - AFP
Tag :
BADMINTON
0 Komen untuk "Ramai Terkejut Laporan Chong Wei Gagal Ujian Dadah"