Informasi Sukan Malaysia

Martin Odegaard Catat Rekod Pemain Bolasepak Paling Muda Wakili Negara

Martin Odegaard
Martin Odegaard Catat Rekod Pemain Bolasepak Paling Muda Wakili Negara | 
> Pemain Norway, Martin Odegaard catat sejarah baru Eropah apabila dia masuk sebagai pemain gantian
> Dia hanya berusia 15 tahun 300 hari
> Pemain remaja ini pernah menerima latihan di akademi Manchester United
> Bayern Munich, Barcelona and Real Madrid mengetuai saingan untuk dapatkannya
PEMAIN remaja berusia 15 tahun, Martin Odegaard mencatat rekod baru Kejohanan Negara-Negara Eropah apabila dia dimasukkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan pusingan kelayakan menentang Bulgaria yang menyaksikan Norway menang 2-1 awal pagi tadi.
Odegaard yang pernah berlatih di akademi bolasepak Manchester United, hanya berusia 15 tahun 300 hari ketika dia dimasukkan untuk mengantikan Mats Moller Daelhi pada minit ke-63 perlawanan sekaligus mencatat sejarah sebagai pemain termuda yang pernah diturunkan dalam kejohanan ini yang bermula pada tahun 1960.
Rekod sebelum ini disandang oleh pemain Iceland, Sigurdur Jonsson yang bermain dalam Euro 1984 pada usia 16 tahun dan 251 hari.
Odegaard kini menjadi pemain paling muda yang mewakili skuad senior negara di benua Eropah.
Dia kini dilabelkan sebagai Lionel Messi baru dan menjadi buruan Bayern Munich, Barcelona dan Real Madrid.
Selain pernah berlatih di Manchester United, dia juga pernah menjalani latihan di Bayern, Stuttgart dan Borussia Dortmund.
Kini dia bermain untuk skuad remaja kelab Norway Stromsgodset.
Sebelum ini Odegaard membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan dalam perlawanan persahabatan menentang UAE pada 27 Ogos lalu.
Norway kini menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan H di bawah Itali dan Croatia dengan memungut 6 mata. Mereka telah bermain tiga perlawanan dengan menang dua dan kalah satu - mStar online
Tag : BOLASEPAK
0 Komen untuk "Martin Odegaard Catat Rekod Pemain Bolasepak Paling Muda Wakili Negara"

Back To Top