Informasi Sukan Malaysia

Frenz United Bakal Berdepan Ujian Man City Dan Liverpool

Frenz United Frenz United Bakal Berdepan Ujian Man City Dan Liverpool | Sejumlah 24 pemain Akademi Bola Sepak Frenz United (FUFC) akan berkelana selama dua minggu di United Kingdom sebagai persiapan awal untuk menghadapi Piala Antarabangsa Frenz 2015.
Penasihat Teknikal FUFC, Steve McMahon berkata kunjungan berkenaan dapat menambah ilmu daripada pasukan yang lebih baik selain menjadi kayu pengukur kepada persediaan pemain menghadapi kejohanan tersebut.
"Dengan peluang seperti ini, Frenz United akan berupaya untuk belajar, berlatih pada standard tertinggi terutamanya bersama barisan kejurulatihan Liverpool FC. Pengalaman ini sudah tentunya begitu berharga," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
McMahon juga adalah pengurus dan ketua jurulatih FUFC.
Kenyataan itu menyebut sepanjang jelajah selama dua minggu itu, pasukan Frenz United akan mengadakan tiga aksi persahabatan menentang pasukan Bawah 17 (B-17) Manchester City FC, Blackburn Rovers FC dan Liverpool FC, masing-masing pada 14, 16, dan 21 Oktober ini.
Pasukan Frenz United dijangka berlepas ke United Kingdom pada 12 Oktober ini sebelum kembali ke tanah air pada 24 Oktober.
Jelajah berkenaan adalah yang ketiga oleh pasukan berkenaan tahun ini selepas terbabit dalam siri jelajah di Vietnam dan Indonesia, masing-masing pada Jun dan Julai lalu.
Akademi Bola Sepak Frenz United yang berpangkalan di Janda Baik, Bentong, Pahang, adalah sebuah akademi bola sepak yang ditubuhkan pada 2012 dengan matlamat mencungkil bakat pemain berpotensi berusia 17 tahun. - BERNAMA
Tag : BOLASEPAK
0 Komen untuk "Frenz United Bakal Berdepan Ujian Man City Dan Liverpool"

Back To Top