Informasi Sukan Malaysia

Senarai Pemain Pilihan Tenis Terbuka AS 2014

Tenis Terbuka AS 2014

Senarai Pemain Pilihan Tenis Terbuka AS 2014 (TENNIS US OPEN 2014)| KEJOHANAN tenis Terbuka Amerika yang akan bermula Isnin depan telah mengeluarkan senarai pemain-pemain pilihan dengan Novak Djokovic mendahului senarai diikuti oleh Roger Federer dan Stanislas Wawrinka.
Juara 2012, Andy Murray, 27, diletak sebagai pemain pilihan kelapan.
Disenarai keempat ialah pemain Sepanyol, David Ferrer, (5) Milos Raonic, (6) Tomas Berdych, (7) Grigor Dimitrov, (8) Andy Murray, (9) Jo-Wilfried Tsonga dan (10) Kei Nishikori.
Berada pada pilihan kesebelas ialah Ernests Gulbis, (12) Richard Gasquet, (13) John Isner, (14) Marin Cilic, (15) Fabio Fognini dan (16) Tommy Robredo.
Malang sekali untuk kejohanan kali ini, juara bertahan Rafael Nadal, 28, terpaksa menarik diri kerana kecederaan pada pergelangan tangan kanannya.
Pemain nombor dua dunia itu mengalami kecederaan tersebut ketika sesi latihan pada 29 Julai baru-baru ini.
Terbuka Amerika adalah siri kejohanan Grand Slam penutup tirai bagi tahun ini. Tiga lagi kejohanan Grand Slam ialah Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Wimbledon.
Berikut adalah senarai pemain yang merangkul gelaran Grand Slam paling banyak dalam sejarah:
Roger Federer - 17 kali
Rafael Nadal - 14
Pete Sampras - 14
Roy Emerson - 12
Bjorn Borg - 11
Rod Laver - 11
mStar online
Tag : TENNIS
0 Komen untuk "Senarai Pemain Pilihan Tenis Terbuka AS 2014"

Back To Top