Informasi Sukan Malaysia

Senarai Pemain Malaysia Di Kejohanan Badminton Dunia 2014 Denmark

Kejohanan Badminton Dunia 2014 Denmark

Senarai Pemain Malaysia Di Kejohanan Badminton Dunia 2014 Denmark | Cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2014 yang bermula esok di Ballerup Super Arena disandarkan kepada Lee Chong Wei dan juga 10 wakil negara yang lain.
Mereka ialah Goh V Shem/Lim Khim Wah dan Hoon Thien How/Tan Wee Kiong, Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong (beregu lelaki); Tee Jing Yi dan Sannatasah Saniru (perseorangan wanita); Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei, Ng Hui Lin/Ng Hui Ern, Lee Meng Yean/Lim Yin Loo dan Amelia Alicia Anscelly/Fie Cho Soong (beregu wanita) serta Tan Aik Quan/Lai Pei Jing dalam acara beregu campuran.
Ini merupakan kali keempat Denmark dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Badminton Dunia selepas 1983, 1991 dan 1999.
Untuk rekod, Malaysia tidak pernah memenangi mana-mana gelaran dalam Kejohanan Badminton Dunia yang mula diperkenalkan pada 1977 di Malmo, Sweden. - BERNAMA
Tag : BADMINTON
0 Komen untuk "Senarai Pemain Malaysia Di Kejohanan Badminton Dunia 2014 Denmark"

Back To Top