Informasi Sukan Malaysia

Keputusan Akhir Hoki Piala Tun Razak 2014

Hoki Piala Tun Razak 2014

Keputusan Akhir Hoki Piala Tun Razak 2014  | KUANTAN: Perak berjaya mengekalkan kejuaraan Divisyen 1 Kejohanan Hoki Piala Tun Razak ke-52 selepas menumpaskan tuan rumah, Pahang 4-3 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Indera Mahkota di sini, malam ini.
Perak mula meledakkan gol pembukaan seawal minit ketiga, hasil pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Muhammad Sabri disusuli jaringan padang Muhamad Fitri pada minit ke-14.
Ketinggalan dua gol tidak mematahkan semangat pemain Pahang yang bangkit untuk merapatkan jurang defist menerusi pukulan sudut penalti oleh Hairul Nizam pada minit ke-20.
Pada babak kedua, Pahang berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-48 menerusi jaringan padang oleh Mohd Sybrie sebelum Pahang mendahului Perak 3-2 tujuh minit kemudian hasil jaringan padang ketua pasukan Ismail Abu.
Bagaimanapun semangat kental yang ditunjukkan pemain Perak berjaya menyamakan kedudukan 3-3 pada minit ke-66 menerusi Muhammad Haziq sebelum Haziq muncul wira Perak dengan meledakkan jaringan kemenangan tiga minit kemudian.
Dalam penentuan tempat ketiga, Kuala Lumpur mengalahkan Melaka 2-1.
Sementara itu, Terengganu merangkul gelaran Divisyen 2 apabila mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5-1.
Pasukan dari Pantai Timur itu mula membuka tirai jaringan seawal minit ke-16 menerusi pukulan sudut penalti oleh Faizal Saari.
Skuad Penyu kemudian terus melebarkan sayap dengan tambahan tiga lagi gol hasil jaringan padang Syamiru Aiman Bidin pada minit ke-29 diikuti Mohmaad Shazril Rani (36') dan pukulan sudut penalti minit ke-44 oleh Baljit Singh bagi meletakkan Terengganu dihadapan dengan 4-0.
ATM yang seakan tersentak hanya mampu memperoleh gol sagu hati menerusi jaringan padang oleh Razali Mohd Hazemi pada minit ke-59 sebelum Terengganu menutup tirai jaringan pada minit ke-62 menerusi Muhammad Sufi Ismat. - BERNAMA
INFO
Divisyen 1
Juara: Perak
Naib juara: Pahang
Ketiga: Kuala Lumpur
Keempat: Melaka
Anugerah Fairplay: Kuala Lumpur Pemain Terbaik: Ismail Abu (Pahang) Penjaga Gol Terbaik: Mohammad Fitri Abdul Aziz (Perak)
Penjaring Gol Terbanyak: Ismail Abu (Pahang - 7 gol)
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir: Mohammad Haziq Shamsul (Perak)
Divisyen 2
Juara: Terengganu
Naib Juara: Angkatan Tentera Malaysia
Ketiga: Polis Diraja Malaysia
Keempat: Perlis
Anugerah Fairplay: Kedah
Pemain Terbaik: Faizal Saari (Terengganu)
Penjaga Gol Terbaik: Mohd Hazrul Faiz (Terengganu)
Penjaring Gol Terbanyak: Faizal Saari (Terengganu - 8 gol)
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir: Mohd Hanip Che Halim (ATM)
mStar online
Tag : HOKI
0 Komen untuk "Keputusan Akhir Hoki Piala Tun Razak 2014 "

Back To Top