Informasi Sukan Malaysia

Man United Bakal Pecah Rekod Perpindahan Pemain Britain

Angel Di Maria Man United

Man United Bakal Pecah Rekod Perpindahan Pemain Britain | LONDON: Manchester United terpaksa membayar yuran perpindahan yang bakal mencatat rekod baharu di Britain andai mahu mengikat bintang Real Madrid, Angel Di Maria.
Jurulatih kelab gergasi Sepanyol itu, Carlo Ancelotti mendedahkan, Di Maria, 26, sudah mengucapkan selamat berpisah kepada semua rakan sepasukan di Real dan bersedia untuk pindah ke kelab baharu.
Man United dikatakan meletakkan harga STG75 juta (RM375 juta) ke atas pemain Piala Dunia dari Argentina itu tapi ketika sama berharap angka terakhir itu nanti tidak terlalu tinggi.
Apa pun, menurut sumber kanan dari kelab, yuran perpindahan itu sudah pasti akan melepasi STG50 juta (RM250 juta) dibayar oleh Chelsea untuk mendapatkan Fernando Torres dari Liverpool pada 2011.
Kali terakhir The Red Devils mencatat rekod perpindahan pemain di Britain adalah apabila membayar Leeds United STG29.1 juta (RM145 juta) untuk mendapatkan Rio Ferdinand pada 2002.
"Di Maria tidak berlatih bersama kami hari ini (semalam) dan dia datang untuk mengucapkan selamat berpisah kepada pemain dan pegawai di kelab," kata Ancelotti, semalam.
Sehingga kini, kelab dari Old Trafford itu sudah membeli bek kiri, Luke Shaw, pemain tengah, Ander Herrera dan rakan senegara Di Maria, Marcos Rojo dengan jumlah terkumpul STG72 juta (RM360 juta) musim panas ini. - BBC Sport
Man United Bakal Pecah Rekod Perpindahan Pemain Britain
BINTANG Real Madrid, Angel Di Maria. - Foto AP
INFO
Perpindahan terbesar dibayar kelab Britain
2011 - Fernando Torres
(RM250 juta - dari Liverpool ke Chelsea)
2013 - Mesut Ozil
(RM212 juta - dari Real Madrid ke Arsenal)
2011 - Sergio Aguero
(RM190 juta - dari Atletico Madrid ke Manchester City)
2014 - Juan Mata
(RM186 juta - dari Chelsea ke Manchester United
2011 - Andy Carroll
(RM175 juta - dari Newcastle ke Liverpool)
2014 - Alexis Sanchez
(RM175 juta - dari Barcelona ke Arsenal)
BH online
Tag : BOLASEPAK, BPL
1 Komentar untuk "Man United Bakal Pecah Rekod Perpindahan Pemain Britain"

Yang terbaik buat red devils untuk kembali menjulang liga inggeris..

Back To Top