Informasi Sukan Malaysia

Tiket Final Malaysia Vs Thailand Dijual Bermula Ahad

Tiket bagi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember ini akan mula dijual secara online dalam talian bermula 9 pagi Ahad. 

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata tiket tersebut dijual pada harga RM50 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak berumur bawah 12 tahun. 

Peminat boleh membeli tiket dalam talian menerusi laman web http://www.tickethotline.com.my. 

Beliau berkata penjualan tiket di kaunter pula akan mula dijual pada hari Rabu (17 Dis) bermula 6 petang dan kaunter tiket di stadium dibuka sehingga hari perlawanan. 

"Kenaikan harga tiket daripada RM40 kepada RM50 bagi dewasa bukan perkara baharu sebaliknya ianya telah diputuskan sejak awal penganjuran lagi," 
"Jika kita bandingkan dengan tiket perlawanan Piala AFF Suzuki lain harga tiket di Malaysia adalah lebih rendah...di Singapura harga tiket dijual dengan harga S$26 (RM61.17) ..manakala di Vietnam baru-baru ini,  tiket perlawanan separuh akhir kedua antara Vietnam dan Malaysia dijual pada harga US$20(RM69.91)," 
Tag : BOLASEPAK
0 Komen untuk "Tiket Final Malaysia Vs Thailand Dijual Bermula Ahad"

Back To Top