Informasi Sukan Malaysia

Khabar Angin TMJ Bakal Ambil Alih Kepimpinan Hoki Malaysia

tmj presiden hoki malaysia
Khabar Angin TMJ Bakal Ambil Alih Kepimpinan Hoki Malaysia | Johor Bahru: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menafikan khabar angin Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan mengambil alih kepimpinan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).
Tengku Abdullah yang ditemui pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kejohanan Hoki Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor, semalam berkata, tiada perbincangan membabitkan Tunku Ismail dengan jawatan Presiden MHC ketika perjumpaan di Kuala Lumpur, pada 18 Ogos lalu.
“Tiada perbincangan untuk jawatan itu.
Perjumpaan diadakan hanya perbincangan biasa dan tiada kena-mengena dengan hoki.

Sekali lagi saya mengesahkan Tunku Ismail tiada perancangan untuk mengambil alih kepimpinan hoki negara.
“Hari ini (semalam) saya di Johor dan Tunku Ismail tidak menyatakan apa jua hasrat untuk memimpin hoki negara.
Tapi jika terdetik untuk beliau memimpin MHC, saya terbuka,” katanya.
Mengulas usaha ahli Exco MHC yang mahu beliau mengekalkan jawatan selaku presiden, Tengku Abdullah tampak tetap dengan pendirian untuk melepaskan jawatan disandang sejak 2008.
Katanya, hasrat itu sudah disuarakan baru-baru ini selepas Mesyuarat MHC dan sememangnya tiada rasa kecewa atau marah hingga mendorong beliau mahu melepaskan jawatan.
“Saya sudah menyatakan hasrat tidak mahu bertanding kerana ingin beri laluan kepada mana-mana pihak yang berkelayakan menjadi presiden.
“Sudah tiba masanya untuk siapa saja tampil membuat pembaharuan dan meningkatkan mutu hoki negara,” katanya yang kini menjadi Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF) - myMetro
Tag : HOKI
0 Komen untuk "Khabar Angin TMJ Bakal Ambil Alih Kepimpinan Hoki Malaysia"

Back To Top