Selamat Tinggal Liverpool Dari Steven Gerrard. Kapten Liverpool, Steven Gerrard sah akan meninggalkan Anfield, musim panas ini dan mengumumkan akan berpindah ke luar negara.
Ia disahkan menerusi kenyataan dikeluarkan laman web Liverpool, hari ini dengan Gerrard, 34, menggambarkan keputusan yang diambilnya itu sebagai 'paling berat' dalam hidupnya.
"Ini adalah keputusan paling sukar dalam hidup saya selain saya dan keluarga yang terganggu ketika ini," kata Gerrard.
"Saya membuat pengumuman sekarang agar pengurus dan seluruh pasukan tidak terganggu dengan cerita atau spekulasi mengenai masa depan saya.
"Liverpool adalah sebahagian besar hidup kita untuk sekian lama dan mengucapkan selamat tinggal adalah sesuatu yang sukar, namun saya merasakan ia paling baik untuk semua pihak berkaitan termasuk keluarga dan kelab sendiri," katanya.
Perpindahan Gerrard yang dianggap legenda di Anfield mengejutkan ramai pihak dan dikhabarkan akan beraksi di Liga Bola Sepak Amerika (MLS).
Gerrard memakai lilitan kapten Liverpool sejak 12 tahun lalu dan antara kejayaan paling diingati ialah ketika The Reds menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah pada 2005 di Istanbul.
Antara trofi lain dimenangi bersama Liverpool ialah Piala FA, tiga Piala Liga, Piala UEFA namun terus buntu untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
"Saya akan terus bermain Ketika ini saya tidak boleh mengesahkan di mana lokasinya. Tapi yang pasti saya tidak akan bermain mewakili satu kelab yang akan menentang Liverpool." - The Telegraph
INFO
Nama: Steven George Gerrard
Tarikh lahir: 30 Mei 1980
Umur: 34 tahun
Asal: Whiston, Merseyside, England
Tinggi: 1.83 m
Posisi: tengah
Kelab: Liverpool (1998-2015)
Jumlah gol keseluruhan: 180
Jumlah gol liga Inggeris: 116
Skuad England (2000-2014)
Gol: 21
BH online
0 Komen untuk "Selamat Tinggal Liverpool Dari Steven Gerrard"