Informasi Sukan Malaysia

Tiket Separuh Akhir Malaysia Vs Vietnam Online

Tiket Separuh Akhir Malaysia Vs Vietnam Online
Tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam pada 7 Disember ini akan mula dijual dalam talian bermula 9 pagi esok.
Setiausaha Agung, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata tiket tersebut dijual pada harga RM40 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.
Hamidin berkata sejumlah 70,000 keping tiket akan dijual bagi perlawanan tersebut.
Beliau berkata bagi mendapat tiket secara dalam talian, orang ramai boleh melakukan pembelian menerusi laman web http://www.tickethotline.com.my dan hanya dibenarkan membeli sebanyak empat tiket bagi setiap transaksi.
"Mereka yang membeli tiket secara dalam talian boleh menuntut tiket tersebut di Stadium Malawati, Shah Alam bermula Jumaat iaitu 5 Disember," katanya kepada pemberita hari ini.
Hamidin berkata penjualan tiket di kaunter pula akan mula dijual Jumaat ini hingga hari perlawanan pada Ahad.
"Kaunter tiket akan mula dibuka pada jam 10 pagi hingga 7 petang di Stadium Malawati, Shah Alam dan pada hari Ahad penjualan tiket bermula jam 10 pagi hingga bermula perlawanan 8.45 malam," katanya.
Stadium Shah Alam yang siap dibina pada tahun 1994 itu mampu menampung kapasiti 80,932 orang.
Skuad bola sepak Malaysia layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014 selepas menewaskan juara bertahan, Singapura 3-1 pada perlawanan penutup Kumpulan B di Stadium Nasional, Singapura, Sabtu lalu. - BERNAMA
Tag : BOLASEPAK
0 Komen untuk "Tiket Separuh Akhir Malaysia Vs Vietnam Online"

Back To Top