Informasi Sukan Malaysia

Gol Stoke City Tewaskan Arsenal EPL 6 Disember 2014

Gol Stoke City Tewaskan Arsenal EPL 6 Disember 2014. Arsenal terus mengecewakan apabila Stoke City memberikan mereka satu lagi kekalahan di Stadium Britannia apabila tuan rumah menang 3-2 dalam saingan EPL Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.
Peter Crouch mengejutkan The Gunners dengan gol seawal minit pertama dan tuan rumah menyambung usaha gigih mereka mendominasi babak pertama ketika Bojan Krkic menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-35 sebelum Jonathan Walters merembat gol ketiga pada minit ke-45.
Arsenal mendapat sepakan penalti pada minit ke-68 dan Santi Cazorla menyempurnakan dengan baik untuk memberikan pelawat harapan untuk bangkit.
Aaron Ramsey kemudian menolak masuk gol kedua Arsenal dua minit kemudian tapi pertahanan Arsenal, Calum Chambers dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-78.
Gol Stoke City Tewaskan Arsenal EPL 6 Disember 2014
Tag : BOLASEPAK, BPL, VIDEO
1 Komentar untuk "Gol Stoke City Tewaskan Arsenal EPL 6 Disember 2014"

kasian sangat tuh arsenal

Back To Top