Informasi Sukan Malaysia

Video Penyokong Spurs Ceroboh Padang Untuk Berselfie

Video Penyokong Spurs Ceroboh Padang Untuk Berselfie
Tottenham Hotspur mungkin berdepan hukuman Kesatuan Bola Sepak Eropah (EUFA) selepas perlawanan Liga Europa di antara kelab itu menentang Partizan Belgrade ditangguhkan selama beberapa minit selepas penonton menceroboh padang sebanyak tiga kali, awal pagi tadi.
Pengadil memerintahkan pemain keluar padang selepas 38 minit pada perlawanan Kumpulan C itu ketika kedudukan terikat 0-0.
Pemain kedua-dua pasukan kembali ke padang kira-kira 10 minit dan Tottenham kemudiannya mencatat kemenangan 1-0.
Penonton yang menceroboh padang didapati memakai baju T sama corak dan media British melaporkan bahawa ia mungkin sebahagian daripada helah pemasaran.
"Tiga penceroboh di padang pada perlawanan ini sudah ditahan dan disoal siasat polis.
"Kita akan memberikan maklumat terkini sebaik mendapat maklumat lengkap berkaitan perkara ini.
"Kita meminta maaf kepada penonton atas gangguan dan kelakuan yang tidak dapat diterima," katanya. - Reuters
Tag : BOLASEPAK, EUROPA
0 Komen untuk "Video Penyokong Spurs Ceroboh Padang Untuk Berselfie"

Back To Top