Informasi Sukan Malaysia

Keputusan Piala AFF Suzuki 2014 Sabtu 22 Nov 2014

Keputusan Piala AFF Suzuki 2014
Pemain sayap, Patrick Reichlet meledak dua gol membantu Filipina bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Laos 4-1 pada perlawanan pembukaan Kumpulan A Piala AFF Suzuki, di sini, hari ini.
Khampheng Sayavutthi membuka tirai jaringan buat Laos yang dianggap kerdil hasil sepakan percuma pada minit ke-21 dalam usaha untuk mencipta kejutan di Stadium Nasional My Dinh itu.
Dalam satu lagi perlawanan Vietnam hanya mampu seri 2-2 dengan Indonesia selepas mendahului 2 kali tetapi hampa akibat kesilapan penjaga gol Vietnam yang masuk dice;ah-celah kali beliau untuk gol penyamaan Indonesia.
Piala AFF Suzuki 2014 dianjurkan di Vietnam dan Singapura. Esok Malaysia akan bertemu Myanmar manakala Singapura bertemu Thailand dalam perlawanan Kumpulan B.
KEPUTUSAN PIALA  AFF SUZUKI 22 NOVEMBER 2014
FILIPINA 4 - 1 LAOS
VIETNAM 2 - 2 INDONESIA
Tag : BOLASEPAK
0 Komen untuk "Keputusan Piala AFF Suzuki 2014 Sabtu 22 Nov 2014"

Back To Top