Informasi Sukan Malaysia

Apa Nasib Andik Vermansah Di Selangor 2015?

Andik Vermansah Selangor FA
Pemain sayap Indonesia, Andik Vermansah menggesa Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) segera memutuskan kedudukannya sama ada kekal dalam perancangan Merah Kuning atau sebaliknya untuk saingan Liga M musim depan.

Kontrak pemain lincah berusia 23 tahun dari Indonesia itu berakhir hujung bulan ini, namun hingga kini nasibnya masih belum diputuskan dan dia masih meneruskan sesi latihan hingga kontrak tamat.

“Saya sebenarnya berhasrat untuk kekal lama bersama Selangor kerana tidak mempunyai masalah bersama skuad ini. Hubungan saya dengan rakan sepasukan dan penyokong juga baik.

“Bagaimanapun hingga kini nasib saya belum ditentukan. Sepatutnya beberapa hari lalu berlangsung perbincangan antara saya dengan pegawai FAS, namun dibatalkan, membuatkan saya terpaksa menanti.

“Saya harap FAS segera memberi kata putus kerana Selangor sentiasa menjadi keutamaan walaupun saya turut mendapat tawaran pasukan lain di Malaysia dan Indonesia. Saya bimbang tidak dapat mencari pasukan baru sekiranya keputusan lambat diambil.

“Saya harap dapat keputusan selewat-lewatnya Selasa depan dan andai tidak diperlukan, saya akan mengadakan perbincangan dengan pasukan lain,” katanya.

Selangor hingga kini hanya mengikat penyerang import dari Brazil, Paulo Rangel yang muncul penjaring terbanyak Liga Super musim lalu dengan tiga lagi kuota import masih kosong.

Kemelut kepimpinan FAS turut dilihat menyumbang kepada masalah dihadapi Andik dengan Menteri Besar Selangor Azmin Ali hampir pasti menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8962#sthash.NpFngLEG.dpuf
Tag : BOLASEPAK
0 Komen untuk "Apa Nasib Andik Vermansah Di Selangor 2015?"

Back To Top