Syakilla Sumbang Emas Kelima Untuk Malaysia Di Sukan Asia 2014 | INCHEON: Atlet karate negara, Syakilla Salni Jefry Krisnan menampilkan persembahan cemerlang apabila menyumbang pingat emas kelima kontinjen negara di Sukan Asia, hari ini.
Syakilla yang juga pemenang pingat di Sukan SEA, Myanmar tahun lalu menewaskan atlet Uzbekistan, Barno Mirzaeva 10-2 dalam aksi kumite wanita bawah 61 kilogram (kg) di Gimnasium Gyeyang.
Selain Syakilla, atlet karate lelaki negara, S Senthil Kumaran turut memenangi pingat gangsa untuk kontinjen negara selepas menewaskan atlet Indonesia, Suriadi 4-4 dalam acara kumite lelaki bawah 55 kg.
Sekalipun mengutip mata sama, Senthil dinobat sebagai pemenang oleh pengadil perlawanan.
Kejayaan Syakilla menambah kutipan emas negara yang dibuat skuad karate kepada dua yang menyamai pencapaian empat tahun lalu di Guangzhou, China.
Semalam, atlet karate kata lelaki negara, Lim Chee Wei turut memenangi emas.
Acara karate di Sukan Asia menutup tirainya, hari ini - BH online
Tag :
SUKAN ASIA
0 Komen untuk "Syakilla Sumbang Emas Kelima Untuk Malaysia Di Sukan Asia 2014"