Informasi Sukan Malaysia

Liverpool Bakal Pakai Jersi New Balance Ganti Warrior Musim Depan

Liverpool Bakal Pakai Jersi New Balance Ganti Warrior Musim Depan | Jersi Liverpool Warrior akan dijenamakan semula sebagai New Balance bermula musim 2015/16.
jersi new balance liverpoolPenjenamaan semula tersebut dibuat oleh jenama sukan dari Amerika itu bagi membawa New Balance menembusi pasaran Asia.
Warrior yang menjadi jenama tajaan di jersi Liverpool ketika ini merupakan anak syarikat New Balance dan perubahan itu tidak akan membawa sebarang perubahan terhadap terma kontrak tajaan yang ditandatangani sejak musim 2012-13.
Perjanjian itu membawa pulangan sebanyak £25 juta setahun kepada Liverpool.
Bagaimanapun contoh jersi yang didedahkan di laman sosial Twitter masih belum disahkan untuk digunakan oleh Liverpool pada musim depan.
Imej digital jersi itu telah didedahkan oleh penyokong Liverpool - mStar online
Tag : BOLASEPAK, BPL
0 Komen untuk "Liverpool Bakal Pakai Jersi New Balance Ganti Warrior Musim Depan"

Back To Top