Informasi Sukan Malaysia

Juara Bertahan Pahang Layak Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2014

Juara Bertahan Pahang
Juara Bertahan Pahang Layak Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2014 | Mohd Fauzi Roslan muncul wira Pahang selepas golnya pada masa kecederaan pertembungan suku akhir kedua Piala Malaysia di Shah Alam, malam tadi mengesahkan kemenangan 2-1 Tok Gajah ke atas PDRM.
Kemenangan itu sekaligus menghadiahkan tiket ke separuh akhir kedua berturut-turut buat Pahang yang mara dengan keputusan agregat 3-2.
Insan paling lega dan gembira pastinya pengendali Pahang, Zainal Abidin Hassan yang bukan saja terpaksa menyaksikan pasukan bimbingannya bangkit dua kali selepas ketinggalan 1-0 berakhir babak pertama.
Namun Pahang yang datang dengan status penyandang juara berada dalam keadaan lebih tertekan selepas terpaksa bermain 10 pemain ketika perlawanan memasuki 10 minit terakhir apabila pertahanan, Damion Stewart menerima kad kuning kedua.
Hadir selaku juara Liga Perdana dan beraksi di laman sendiri jelas meletakkan PDRM selaku pasukan pilihan dan ia ditunjukkan menerusi gol pertama yang dijaringkan menerusi Mohd Fauzi Abdul Majid pada minit ke-19.
Gol yang dijaringkan berpunca daripada sepakan percuma cantik penyerang berbisa, Ali Ashfaq yang mudah dikuis Fauzi yang menewaskan penjaga gol Pahang, Khairul Azhan Khalid.
Sekalipun rentetan serangan dibuat, tiada jaringan tambahan dibuat berakhir babak pertama sebelum Pahang bangkit pada separuh masa kedua.
Ketika perlawanan tambah rancak dan panas, Pahang yang tertekan meraih kembali motivasi menerusi jaringan penyamaan Zesh Rehman pada minit ke-79.
Berpunca daripada sepakan sudut Mohd Azamuddin Md Akil, Zesh yang tidak dikawal melonjak tinggi untuk menanduk bola sekaligus menewaskan penjaga gol PDRM, Azizon Abdul Kadir.
Ketika Pahang seakan tambah tenat selepas Stewart diberikan kad kuning kedua kerana menarik Ashfaq pada minit ke-83, PDRM yang sepatutnya mempergunakan sepenuhnya peluang itu gagal melakukan apa-apa.
Dan menerusi satu serangan balas, Fauzi yang turut dikenali sebagai Koji dengan pantas membawa bola ke kanan gawang PDRM sebelum melepaskan rembatan leret pada yang menewaskan Azizon.
Kemenangan menyaksikan menyaksikan Pahang bakal membuat perhitungan separuh akhir dengan Kedah.
Satu lagi perlawanan separuh akhir akan membabitkan FELDA United bertemua sama ada Terengganu dan Johor Darul Ta'zim yang membuat perhitungan suku akhir kedua pada 16 Oktober ini.
Keputusan
- PDRM 1 Pahang 2
Gol: PDRM - Mohd Fauzi Abdul Majid (m19), Phg - Zesh Rehman (m79) Fauzi Roslan (m90)
Ageregat: 2-3
- Pahang layak ke separuh akhir
BH online
0 Komen untuk "Juara Bertahan Pahang Layak Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2014"

Back To Top