Informasi Sukan Malaysia

Video Insiden Bumbung Runtuh Di Vietnam Semua Pemain Badminton Malaysia Selamat

KUALA LUMPUR: Tiada seorang pun pemain badminton negara yang tercedera dalam kejadian siling bumbung runtuh dan semua dalam keadaan selamat ketika ini.
Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata pihaknya diberitahu pengurusan pasukan bahawa setiap pemain selamat dan sudah kembali fokus kepada kejohanan Terbuka Vietnam yang bermula, semalam.
"Tak ada apa-apa yang harus dibimbangkan. Kami sudah hubungi pegawai kita di sana dan semua pemain kita selamat tanpa sebarang kecederaan," katanya ketika dihubung, semalam.
Dia berkata 30 pemain negara, termasuk wanita dihantar ke kejohanan di Bandaraya Ho Chi Minh yang menawarkan hadiah wang tunai AS$50,000 (RM159, 075).
Semalam, peminat tanah air dan keluarga pemain dan pegawai pasukan gelisah selepas menerima laporan siling bumbung di Kompleks Sukan Phan Dinh Phung runtuh dan terkena dua gelanggang bersebelahan.
Kejohanan terpaksa dipindahkan ke Kompleks Sukan Tan Binh yang pernah menjadi hos kepada acara badminton pada Sukan SEA 2003.
Petanda sesuatu akan berlaku sudah kelihatan apabila debu mula bertaburan di atas gelanggang sebelum siling plaster berukuran 40 meter persegi itu runtuh.
Sementara itu, Pengurus Acara Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Venu Mahalingam berkata siasatan lanjut akan dijalankan badan induk itu dan pihaknya ketika ini sedang menunggu laporan daripada penganjur, Persatuan Badminton Ho Chi Minh.
Tag : BADMINTON
0 Komen untuk "Video Insiden Bumbung Runtuh Di Vietnam Semua Pemain Badminton Malaysia Selamat"

Back To Top