Ketua jurulatih skuad Bawah 23 tahun Malaysia, Datuk Ong Kim Swee mengakui jurang dimiliki skuad bimbingannya dengan tuan rumah, Korea Selatan selepas tewas 3-0 dalam perlawanan pertama Kumpulan A di Sukan Asia, Incheon, semalam.
Malah, ia turut dibuktikan dengan statistik apabila hanya dua percubaan tepat dalam tempoh 90 minit berjaya dilakukan anak buahnya ke gawang Korea pada aksi di Stadium Munhak itu dengan lawan memiliki rentetan peluang terbaik.
Sekalipun pedih, kekalahan itu diakui Kim Swee tidak mengganggu perancangannya untuk kembali meraih kemenangan ke atas Laos pada perlawanan kedua peringkat kumpulan pada 17 September ini sebelum berdepan satu lagi pasukan pilihan, Arab Saudi pada aksi terakhir kumpulan.
"Fokus sekarang adalah hadapi Laos dan bukannya Arab Saudi kerana kita perlu menang dengan Laos terlebih dulu. Saya tidak mahu ambil pusing mengenai perlawanan antara Korea Selatan yang akan menentang Arab Saudi pada hari sama.
"Kita tiada pilihan lain selain menang ke atas Laos. Dan saya mahu pemain lupakan kekalahan ini dan bangkit untuk menghidupkan kembali peluang," kata Kim Swee.
Kemenangan ke atas Laos amat ditagih dan seandainya gagal dilaksana, perlawanan menentang Arab Saudi boleh dianggap aksi pelengkap jadual - BH online
Tag :
BOLASEPAK,
SUKAN ASIA
0 Komen untuk "Misi Hidup Mati Malaysia Lawan Laos Di Sukan Asia 2014"