Informasi Sukan Malaysia

Malaysia Vs Pakistan Separuh Akhir Hoki Sukan Asia 2014

Malaysia Vs Pakistan Separuh Akhir Hoki Sukan Asia 2014 | INCHEON: Skuad hoki lelaki negara membuktikan Jepun bukanlah tandingan sebenar mereka apabila mencatat kemenangan 4-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan A sekaligus mara ke separuh akhir di Sukan Asia, sebentar tadi.
Malaysia Vs Pakistan Separuh Akhir Hoki Sukan Asia 2014Sebelum perlawanan, skuad bimbingan Arul Selvaraj itu berdepan misi perlu menang ke atas Jepun seandainya mahu melangkah lebih jauh selepas mengisi kedudukan ketiga kumpulan.
Selepas kekalahan kepada tuan rumah, Korea Selatan, Malaysia terseret ke tempat ketiga dengan Jepun memperoleh kelebihan jumlah jaringan selepas membelasah Singapura 13-0, kelmarin.
Dalam aksi di Stadium Hoki Seonhak itu, gol Malaysia disumbang Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin, Muhammad Firhan Ashari dan dua gol daripada Muhammad Razie Abd Rahim.
Manakala gol tunggal Jepun dijaringkan Toshiro Tachibana.
Lawan Malaysia di separuh akhir ialah satu lagi jaguh Asia, Pakistan - BH online

JADUAL PERLAWANAN
SELASA JAM 600 PETANG WAKTU MALAYSIA
Tag : HOKI, SUKAN ASIA
0 Komen untuk "Malaysia Vs Pakistan Separuh Akhir Hoki Sukan Asia 2014"

Back To Top