Informasi Sukan Malaysia

Keputusan Penuh Piala Liga Inggeris 2014 Pusingan Ketiga

capital one cup
Keputusan Penuh Piala Liga Inggeris 2014 Pusingan Ketiga  | Liverpool terpaksa menempuh perlawanan maraton untuk menumpaskan Middlesbrough di pusingan ketiga Piala Liga awal pagi Rabu apabila terpaksa bertarung hingga ke masa tambahan sebelum menang melalui sepakan penalti 'sudden death', 14-13.
Pasukan gergasi dalam Liga Perdana Inggeris itu berjaya mendahului Middlesbrough 2-1 pada masa tambahan. Namun sebaik sahaja menunggu wisel penamat ditiup pasukan pelawat berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-120. 
Sepakan tersebut disempurnakan oleh Patrick Bamford. Dengan keputusan tersebut memaksa perlawanan diheret kepada penentuan sepakan penalti bagi mencari pemenang. 
Sementara itu, Arsenal gagal mara ke kelompok 16 terbaik selepas tewas 2-1 kepada Southampton manakala jiran Liverpool, Everton kecundang 3-0 kepada Swansea City dan Stoke City pula berjaya menumpaskan Sunderland 2-1.

Keputusan (pusingan ketiga)

Arsenal 1 Southampton 2

Cardiff City 0 AFC Bournemouth 3

Derby County 2 Reading 0

Leyton Orient 0 Sheffield United 1

Liverpool 2 Middlesbrough 2

(Liverpool menang penalti 14-13)

MK Dons 2 Bradford City 0

Shrewsbury Town 1 Norwich City 0

Sunderland 1 Stoke City 2

Swansea City 3 Everton 0

Fulham 2 Doncaster Rover 1
mStar online
Tag : BOLASEPAK
0 Komen untuk "Keputusan Penuh Piala Liga Inggeris 2014 Pusingan Ketiga "

Back To Top