Informasi Sukan Malaysia

Justin Gatlin Catat Masa Terpantas 100M Tahun Ini

terpantas 100m

Justin Gatlin Catat Masa Terpantas 100M Tahun Ini | BRUSSELS: Bekas pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Justin Gatlin merakamkan masa terpantas, tahun ini dalam acara 100 meter lelaki dalam kejohanan olahraga Diamond League, di sini, pagi ini.
Atlet berusia 32 tahun itu menang selepas mengatasi barisan terkuat, termasuk Tyson Gay dari Amerika Syarikat dan atlet Jamaica, Asafa Powell dengan catatan 9.77 saat.
Rakan senegaranya, Michael Rodgers mendapat tempat kedua secara keseluruhan dalam liga kali ini dengan 9.93s.
Sementara itu, jaguh pecut wanita dari AS, Allyson Felix memenangi acara 200m dan juga memenangi gelaran keseluruhan kali ini.
Atlet berusia 28 tahun itu yang memenangi gelaran ini di Sukan Olimpik 2012 mendahului Blessing Okagbare dari Nigeria dengan dua mata apabila mencatat masa terbaik dunia tahun ini dengan 22.02s untuk menewaskan musuhnya itu yang hanya menamatkan perlumbaan pada tempat keenam. - Agensi
Tag : ATLET
0 Komen untuk "Justin Gatlin Catat Masa Terpantas 100M Tahun Ini"

Back To Top