Informasi Sukan Malaysia

Boling Wanita Sumbang Pingat Perak Lagi

Boling Wanita Sumbang Pingat Perak Lagi | INCHEON: Skuad boling negara menambah koleksi pingat perak di Sukan Asia, di sini menerusi Sin Li Jane dalam acara all-event wanita, sebentar tadi.
Boling Wanita Sukan Asia 2014Emas dimenangi atlet Korea Selatan, Le Na Young manakala gangsa menjadi milik atlet Singapura, Jazreel Tan.
Secara keseluruhan, Li Jane mengumpul 5,095 mata (m) jatuhan pin, ketinggalan 37m berbanding Na Young yang meraih 5,132m.
Manakala Jazreel ketinggalan lebih jauh, 119m berbanding Na Young.
Selepas melakukan aksi konsisten dalam acara perseorangan (1,232m), beregu (1,289m) dan trio (1,380m), prestasi Li Jane menurun pada aksi lima sepasukan apabila sekadar melakukan 1,194 mata.
Keputusan itu menyaksikan Na Young yang ketinggalan sehingga aksi trio bangkit pada aksi lima sepasukan selepas melakukan 1,256 mata.
Setakat ini, skuad boling negara sudah membawa pulang dua perak dan satu gangsa.
Bergandingan dengan Shalin Zulkifli, Li Jane meraih perak dalam acara beregu wanita manakala trio berpasukan lelaki menyumbang gangsa- BH online
Tag : SUKAN ASIA
0 Komen untuk "Boling Wanita Sumbang Pingat Perak Lagi"

Back To Top