Informasi Sukan Malaysia

Nicol David Juara Terbuka Hong Kong Kali Ke 9

squash terbuka hong kong 2014

Nicol David Juara Terbuka Hong Kong Kali Ke 9Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menebus kekecewaan pada Terbuka Malaysia 2014 minggu lepas apabila merangkul gelaran Terbuka Hong Kong untuk kali kesembilan pada Ahad. 

Pada final di Hong Kong Park Sports Centre, Nicol, 31, membuktikan bahawa usia tidak menghalang beliau daripada menampilkan persembahan bertenaga apabila menjinakkan pemain berusia 21 tahun dari Mesir, Nour El Tayeb, dengan 11-4,12-10 dan 11-8 dalam masa 39 minit. 

Nicol, selaku pemain nombor satu dunia, berjaya mengekalkan gelaran Terbuka Hong Kong sejak 2006. 

Pada Terbuka Malaysia 2014, Nicol gagal mara ke final selepas kalah mengejut kepada pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily dari Mesir pada saingan separuh akhir. 

Sementara itu, dalam kategori lelaki, juara Terbuka Malaysia minggu lepas, Mohamed El Sorbagy dari Mesir merangkul gelaran kedua musim ini selepas mengalahkan pemain Perancis, Gregory Gaultier 11-9, 11-2, 4-11, 8-11 dan 11-4 - mStar online
Tag : SQUASH
0 Komen untuk "Nicol David Juara Terbuka Hong Kong Kali Ke 9"

Back To Top