Informasi Sukan Malaysia

Nicol Bertemu Nour El Tayeb Final Squash Hong Kong Open 2014

Final Squash Hong Kong Open 2014

Nicol Bertemu Nour El Tayeb Final Squash Hong Kong Open 2014Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David hampir merangkul kejohanan Terbuka Hong Kong buat kali kesembilan apabila layak ke akhir kejohanan di gelanggang kaca Pusat Skuasy Hong Kong pada Sabtu. 

Pilihan utama kejohanan ini mengambil masa 25 minit untuk mengatasi Amanda Sobhy dari Amerika Syarikat 11-8, 11-4 dan 11-2 di separuh akhir, demikian menurut laman web kejohanan www.hksquashopen.com. 

Nicol menang Terbuka Hong Kong pada 2006,  2007, 2008, 2009, 2010, 2011,2012 dan 2013. 

Beliau akan bertemu Nour El Tayeb dari Mesir pada Ahad yang telah mengalahkan pemain nombor dua dunia Laura Massaro dari England 11-9,10-12,11-2,12-10 dalam masa 47 minit.mStar online
Tag : SQUASH
0 Komen untuk "Nicol Bertemu Nour El Tayeb Final Squash Hong Kong Open 2014"

Back To Top